Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan
supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W
memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an,
di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala
itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "
Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab :
"Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu
sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah
membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu :
"Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang
pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di
tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan
mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayahnya dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan
yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga
keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal
amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar